Social Icons

Social Icons

Khamis, 26 Ogos 2010

'TMJ palsu' dalam Facebook


SEORANG pelayar Internet menunjukkan laman Facebook Tunku Ismail palsu yang dikendalikan individu tidak bertanggungjawab di Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU – Tindakan seorang individu yang didakwa menyamar sebagai Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibrahim Ibni Sultan Ibrahim di laman rangkaian sosial Facebook mencetuskan satu lagi insiden yang menimbulkan rasa kurang senang keluarga diraja Johor.

Individu terbabit yang hanya dikenali sebagai Miky dikatakan mengendalikan dua akaun Facebook iaitu Diari Harian Tunku Mahkota Johor (TMJ) dan Tunku Mahkota Johor (Penasihat Utama TMJ).

Ketua Polis Johor, Datuk Mokhtar Mohd. Shariff berkata, kedua-dua laman web itu semasa aktif berjaya menarik peminat sehingga mencecah 10,000 orang.

Selain memuat naik gambar-gambar dan aktiviti-aktiviti Tunku Ismail, suspek juga dikatakan melayan komen-komen peminat yang menyangka beliau adalah TMJ.

Menurut Mokhtar, pihaknya telah menerima laporan mengenai perkara itu kelmarin.

“Perkara ini pasti akan menimbulkan kemurkaan Sultan Johor serta keluarga baginda.

“Polis Johor dengan kerjasama polis Bukit Aman ketika ini sedang menjalankan gerakan menjejaki suspek yang akan disiasat mengikut Akta Hasutan 1948,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Mokhtar bagaimanapun enggan mengulas mengenai lokasi sebenar suspek serta sebarang kaitan antara suspek dengan keluarga diraja Johor kerana kes itu masih dalam siasatan.

Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan Istana Johor berhubung perkara itu.

Copy from KOSMO! Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nuffnang Ads

 

Sample text

Sample Text

Sample Text