Social Icons

Social Icons

Isnin, 30 Ogos 2010

Klip video Namewee: Empat laporan polis dibuat di Johor

JOHOR BAHRU: Polis mengesahkan menerima empat laporan berhubung klip video berbaur perkauman terbaru oleh pemuda dari Muar Johor, Wee Meng Chee atau dikenali sebagai Namewee.

"Laporan pertama dibuat kelmarin di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulaijaya dan tiga lagi laporan dibuat semalam di Johor Jaya, Pasir Gudang dan Masai," kata Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff.


"Kita akan menyiasat kes ini di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Bagi kesalahan seterusnya pelaku boleh dipenjarakan tidak lebih lima tahun. Beliau mengingatkan semua pihak agar membiarkan polis melakukan siasatan dan tidak perlu bagi mereka mempolitikkan perkara itu.


Klip video terbaru itu dipercayai bertujuan mengutuk seorang pengetua sekolah menengah di Kulaijaya yang dilaporkan mengeluarkan perkataan berbaur perkauman semasa perhimpunan sekolahnya pada 12 Ogos lalu. Namewee dalam klip video itu antara lain mencerca guru berkenaan serta menyebut Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai kurang ajar. Selain itu, Namewee dalam klip video di laman web Youtube, berulang kali menunjuk isyarat lucah serta baris perkataan tidak senonoh. Sementara itu, polis masih lagi menyiasat kes individu yang menyamar sebagai Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail dan mencemar institusi diraja negeri ini di laman sosial Facebook. Mokhtar berkata, pihaknya tidak dapat mendedahkan apa-apa butiran ketika ini kerana ia boleh mengganggu siasatan. -Bernama

Copy from www.hmetro.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nuffnang Ads

 

Sample text

Sample Text

Sample Text