Social Icons

Social Icons

Ahad, 8 Ogos 2010

13,000 BEBOLA EM DILONTAR KE SUNGAI KINTA UNTUK RAWAT DAN PULIHARA AIR

Sebanyak 13,000 bebola lumpur yang mengandungi bakteria baik (effective microorganism) dalam pengurusan alam sekitar dilontar ke dalam Sungai Kinta bagi membersih, merawat dan memulihara air sungai itu daripada terus tercemar.

Melalui program Greenthon (EM Ball) yang dilaksanakan SMK Pengkalan, seramai 200 pelajar sekolah terbabit bertungkus-lumus sejak dua minggu lalu untuk menghasilkan bebola EM yang turut berperanan mengurangkan mendapan, ammonia serta meningkatkan kebolehlarutan oksigen dan turbiditi.

Biokteknologi EM diperkenalkan dan dibangunkan oleh Prof Teruo Higa dari Universiti Ryukus, Okinawa, Jepun kira-kira 25 tahun lalu dan setiap bebola lumpur ini mengandungi tanah liat yang dicampur dengan cecair EM, bahan organik dan mineral.

Exco Kanan negeri, Datuk Hamidah Osman, berkata kesedaran umum terhadap penjagaan sungai perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa dan salah satu caranya adalah dengan mendidik golongan muda berkaitan kesan pencemaran terhadap alam sekitar.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program penutup Greenthon anjuran SMK Pengkalan yang bertemakan Seribu Lontaran Sejuta Harapan di Kinta River Front, pagi ini.

Menurutnya, usaha murni yang dilaksanakan SMK Pengkalan itu wajar dicontohi semua pihak kerana ia dapat melahirkan generasi muda yang memiliki kesedaran tinggi terhadap penjagaan alam sekitar.

“Setiap anggota masyarakat harus memainkan peranan dalam menjaga alam sekitar dan kerajaan negeri akan memberi sokongan padu kepada mana-mana pihak yang memperjuangkan isu ini,” katanya.

Ujarnya, selain menjadi sumber air untuk kegunaan harian, sungai yang bersih juga boleh dibangunkan sebagai produk tarikan pelancong ke Perak.

Tahun lalu, seramai 600,000 pelancong melawat negeri ini dan menyumbang sebanyak RM1.2 billion kepada pendapatan sektor pelancongan.

Copy from Perak News


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nuffnang Ads

 

Sample text

Sample Text

Sample Text