Social Icons

Social Icons

Ahad, 31 Julai 2011

Tragedi berdarah menjelang Ramadan


SEORANG penduduk menunjukkan kolah yang dikatakan tempat kepala Ismail terhantuk ketika bergelut dengan anak tirinya di Kampung Tebengau, Kuala Kedah kelmarin.


ALOR SETAR – Tindakan seorang bapa yang menyerang anak tiri sulungnya selepas naik berang dengan tindakan pemuda tersebut yang merendahkan maruah anak angkat perempuannya mengundang padah apabila dia maut selepas tertikam ketika bergelut kelmarin.

Kejadian pukul 7.45 malam di saat umat Islam bersiap untuk menyambut Ramadan di Kampung Tebengau, Kuala Kedah dekat sini itu mengakibatkan Ismail Ahmad, 58, menemui ajal apabila tertikam di dada kiri selepas dia didakwa bergelut dengan anak tiri sulungnya di sebuah rumah jiran yang terletak berdekatan rumah isteri keduanya.

Pembuat serunai itu disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) hampir dua jam kemudian.

Mengimbau semula kejadian tersebut, saksi kejadian, Mohd. Jamil Ahmad, 27, memberitahu, ketika itu dia dan anak tiri mangsa sedang membaiki enjin bot dan kereta sebelum didatangi Ismail.

Katanya, Ismail kemudian membentak: “Tunggu di rumah tetapi tidak balik.”

“Mangsa kemudian telah memukul badan anak tirinya menggunakan kayu sebelum mereka bergelut selama 10 minit.

“Ketika itulah, anak tirinya yang sedang memegang pisau lipat dipercayai telah tertikam dada mangsa sebelum kepala Ismail terhantuk di dinding kolah yang berada di situ. Ismail kemudian cuba mengambil cangkul tetapi sempat dihalang sebelum rebah,” ceritanya di sini semalam.

Copy from KOSMO! Online

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0801&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm


Nuffnang Ads

 

Sample text

Sample Text

Sample Text