Social Icons

Social Icons

Ahad, 27 Februari 2011

Ngeri diacu AK-47


Gambar hiasan


KUALA LUMPUR: Pengalaman ngeri diacu senjata automatik AK-47, selain terpaksa menunggu di Lapangan Terbang Tripoli, Libya selama 12 jam dalam keadaan tidak menentu dengan suhu di bawah 5 darjah Celsius adalah antara peristiwa pahit dilalui pekerja Malaysia yang berjaya dibawa keluar dari negara bergolak itu.

Menceritakan pengalamannya, Mohd Halim Shah Ahmad, bertugas dengan konglomerat Malaysia, Ranhill Corporation. berkata apabila keadaan di Libya menjadi semakin tegang, dia bersama lima rakannya mengambil keputusan memandu dua kereta dari tempatnya bertugas di Zwara, 120 kilometer dari Tripoli untuk mendaftar di Kedutaan Malaysia.
“Ketika tiba di bandar Sabratha, 40 kilometer dari Zwara, kereta kami ditahan sebelum seorang lelaki merampas kunci kereta. Sementara menanti bantuan mendapatkan semula kunci kereta itu, tiba-tiba datang seorang lelaki menaiki sebuah kereta lalu menghunus senjata automatik AK-47 ke arah kami.
“Kami bernasib baik kerana penduduk tempatan segera tampil membantu memberi penjelasan bahawa kami adalah rakyat Malaysia,” katanya menjelaskan semua kereta yang mempunyai plat pendaftaran biru, sering menjadi sasaran pemberontak di Libya kerana plat itu dikhususkan untuk syarikat asing di negara berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Berita Harian di Rome, tempat dia bersama 130 rakyat Malaysia yang lain ditempatkan, sementara menunggu pesawat Penerbangan Malaysia untuk pulang ke tanah air.

Sebelum itu, semua rakyat Malaysia terbabit diterbangkan dari Tunisia menggunakan pesawat Hercules C130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia, selepas berjaya dibawa keluar dari Libya menggunakan Tunisia Airlines. Kerajaan terpaksa menyewa pesawat itu selepas pesawat TUDM terpaksa berpatah balik dari Tripoli kerana tidak mendapat slot untuk mendarat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nuffnang Ads

 

Sample text

Sample Text

Sample Text