Social Icons

Social Icons

Rabu, 2 Februari 2011

Pendakwa siap sedia heret kekasih Ariel

Luna Maya

Pihak berkuasa Indonesia percepat siasat Luna, Cut Tari 

JAKARTA: Sehari selepas vokalis kumpulan Peterpan Nazriel ‘Ariel’ Irham dijatuhi hukuman penjara tiga tahun enam bulan dan denda 250 juta rupiah (RM85,000), atas kesalahan menghasil dan mengedarkan video lucah, pihak berkuasa Indonesia kini bersiap sedia untuk mengheret kekasihnya Luna Maya dan Cut Tari ke muka pengadilan.Ketua Pengarah Jabatan Perhubungan Awam Polis Indonesia, Jeneral Anton Bach-rul Alam, berkata polis Indonesia akan mempercepatkan proses siasatan ke atas kedua-dua selebriti terbabit untuk proses pendakwaan.“Apa yang mereka lakukan mempunyai kaitan dengan Ariel. Pegawai kami pasti akan segera meneruskan siasatan sebaik saja Ariel didapati bersalah. 

“Sebaik saja kami melengkapkan siasatan, kedua-dua mereka akan dihadapkan ke mahkamah,” katanya yang mengakui pelbagai perkara perlu diselidiki untuk tujuan mengukuhkan bukti. 

“Perbuatan Ariel membabitkan satu rangkaian kegiatan dan sudah tentu ramai yang terbabit. Kita perlu menunggu maklumat lebih terperinci,” katanya. 

Polis sebelum ini tidak menahan Luna dan Cut, apabila kedua-duanya berjanji tidak mengulangi perbuatan mereka dan memberi kerjasama penuh dalam siasatan itu. 
Peguam Luna, Afrian Bonjol, ketika ditemui wartawan enggan mengulas kenyataan polis itu. 

“Saya tidak akan memberi sebarang ulasan buat masa ini. Saya perlu menunggu tindakan polis selepas ini,” katanya. 

Bagaimanapun, peguam yang melaporkan kes video lucah Ariel, Farhat Abbas, berkata, Luna perlu segera mengakui kesalahannya membabitkan video lucah itu bagi membolehkan dia memulihkan kerjayanya. 

“Saya menyarankan Luna mengaku. Mungkin dengan pengakuannya Luna dapat meningkatkan kerjayanya,” katanya. 

Sehingga kini Luna belum mengakui bahawa pelaku video lucah itu adalah dirinya, walaupun Cut Tari sudah memberi pengakuan. 

Sementara itu Luna dilaporkan sedang berusaha menenangkan diri selepas dikatakan terkejut apabila hakim Mahkamah Bandung, Jawa Barat menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun enam bulan ke atas Ariel. 

“Luna benar-benar terkejut. Dia sangat menyayangi Ariel. Sebagai rakan saya akan memberi sokongan moral kepadanya seberapa yang boleh,” katanya. – Agensi



Sumber : Berita Harian Online

KM 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nuffnang Ads

 

Sample text

Sample Text

Sample Text