Social Icons

Social Icons

Ahad, 27 Februari 2011

Penduduk resah kereta di bahu jalan


KUALA LUMPUR: Kesesakan lalu lintas setiap pagi pada hari bekerja di hadapan Pangsapuri Vista Angkasa, Pantai Dalam, berdekatan stesen transit aliran ringan (LRT) Universiti, di sini, menyukarkan pengguna jalan raya di situ.

Kesesakan bermula dari hadapan pangsapuri berkenaan hingga ke kawasan Bangsar South dan ke persimpangan Pantai Hill Park dari jam 7 hingga 8 pagi. Tinjauan Harian Metro mendapati, teksi yang berhenti di belakang deretan kereta penduduk pangsapuri di bahu jalan berkenaan punca kesesakan terbabit.


Malah, kehadiran bas henti-henti yang diletakkan di bahu jalan turut menjadi punca kesesakan yang meresahkan penduduk sekitar untuk menuju tempat kerja.

Keadaan bertambah buruk apabila orang ramai yang tinggal di Pantai Dalam dan Bangsar bersarapan di gerai hadapan pangsapuri itu menyebabkan keadaan lebih sesak.


Pekerja swasta, Noor Farah Kamarudin, 25, berkata dia perlu mengharungi jalan sesak terbabit selama 15 hingga 20 minit setiap pagi sebelum lalu lintas bergerak lancar selepas stesen LRT berkenaan.


“Sikap pemandu teksi yang menunggu penumpang di pangsapuri ini untuk dihantar ke tempat kerja menyusahkan pengguna jalan lain.

“Hampir setiap pagi pada hari bekerja mereka akan memberhentikan teksi di belakang kereta penduduk yang diletakkan di hadapan pangsapuri ini, sekali gus menyebabkan jalan dua lorong menjadi satu lorong,” katanya.


Sementara itu, seorang penduduk di kawasan berkenaan yang enggan dikenali, berkata dia sudah setahun menggunakan khidmat teksi untuk ke tempat kerja.

“Setiap hari pemandu teksi sama akan menunggu saya untuk ke tempat kerja. Ia bagai sudah menjadi ikatan perjanjian antara saya dan teksi berkenaan. “Jika saya tidak bekerja, saya akan menghubungi pemandu terbabit, tapi saya tidak tahu sekiranya dia menunggu di sini untuk mengambil penumpang lain.


“Namun, rata-rata penduduk di sini, ramai yang menggunakan khidmat konsep sama,” katanya ketika menunggu teksi terbabit.

Copy from myMetro Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nuffnang Ads

 

Sample text

Sample Text

Sample Text