Social Icons

Social Icons

Ahad, 17 Jun 2012

Tiada kawasan catat bacaan IPU tidak sihat


Gambar Hiasan via Harian Metro

2012/06/18

KUALA LUMPUR: Kualiti udara dilapor baik apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar pada jam 7 pagi ini menunjukkan tiada kawasan merekod IPU tidak sihat. 

Pelabuhan Klang, Shah Alam, Petaling Jaya, Kuala Selangor, Cheras dan Batu Muda, yang merekod IPU tidak sihat pada 7 pagi semalam, masing-masing mencatat bacaan IPU sederhana pagi ini.
Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar, www.doe.gov.my, tiada kawasan di Malaysia yang mencatat bacaan sangat tidak baik dan berbahaya dengan 88 peratus kawasan di seluruh negara berada pada tahap bacaan IPU sederhana dan 12 peratus di tahap baik.
IPU pada tahap antara 0 dan 50 adalah baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 301). 

Menurut laporan sebelum ini, kemerosotan kualiti udara yang dialami di Lembah Klang kebelakangan ini disebabkan pencemaran jerebu merentas sempadan dari Sumatera, Indonesia. 

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan di beberapa tempat di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur petang ini. 

Menurut laman web jabatan itu, Malaysia kini dilanda Monsun Barat Daya yang menyebabkan keadaan cuaca panas dan kering, dan ia dijangka berterusan sehingga September. - BERNAMA 


Sumber Berita Harian Online
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TiadakawasancatatbacaanIPUtidaksihat/Article

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nuffnang Ads

 

Sample text

Sample Text

Sample Text