Social Icons

Social Icons

Selasa, 19 Jun 2012

JLKN batal aktiviti luar IPU lebih 100

PELATIH PLKN menjalani latihan di dewan tertutup berikutan virus H1N1 dikesan di kem Dusun Resort, Kuala Nerang, semalam.


KUALA NERANG: Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) tidak menolak kemungkinan membatalkan semua aktiviti luar di kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) jika catatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai tahap membimbangkan. 

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil, berkata langkah itu perlu diambil sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelak pelatih berdepan risiko terutama masalah kesihatan, jika IPU dilapor melebihi bacaan 100.
Buat masa ini, katanya, pihak kem terutama komandan di seluruh negara sudah diarah memantau status IPU di kawasan masing-masing dari semasa ke semasa dan jika perlu mereka harus bertindak mengikut kesesuaian keadaan.
“Komandan perlu mengurangkan aktiviti luar termasuk membekalkan penutup muka kepada pelatih jika bacaan IPU mencecah antara 95 hingga 99. 

“Bagaimanapun, keputusan membatalkan semua aktiviti hanya akan dibuat sebagai jalan terakhir jika keadaan terbukti berisiko,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau keadaan kem PLKN Dusun Resort di Kampung Pisang, dekat Jalan Padang Sanai, di sini, yang dijangkiti wabak Influenza A (H1N1) sejak Isnin lalu. 

Abdul Hadi berkata, sehingga kini tiada mana-mana kem termasuk di Selangor iaitu antara negeri paling terjejas berikutan jerebu, dilapor membatalkan aktiviti luar mereka. 
Mengenai jangkitan H1N1 di kem PLKN di Dusun Resort, Abdul Hadi berkata, ia tidak akan ditutup kerana penyebaran wabak itu bukan bersifat pandemik serta tidak berada dalam keadaan serius. 


Via Berita Harian Online
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/JLKNbatalaktivitiluarIPUlebih100/Article

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nuffnang Ads

 

Sample text

Sample Text

Sample Text