Social Icons

Social Icons

Rabu, 13 Jun 2012

Latihan sebelum bersara


Ke semua anggota dan pegawai akan diberikan latihan intensif mengikut kepakaran dan kemahiran mereka.

(Gambar Hiasan)


Oleh Abu Bakar Al Sidek

2012/06/14

HUTAN MELINTANG: Pegawai dan anggota tentera yang akan bersara akan diberi latihan intensif selaras dengan kepakaran dan kemahiran mereka untuk mendapat pekerjaan kedua selepas persaraan mereka. 

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata Kementerian Pertahanan mengambil pendekatan baru bagi menjamin pesara tentera mendapat peluang pekerjaan tanpa perlu menunggu lama.
“Mereka akan diberi kursus dan latihan dengan kerjasama Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) sepanjang tiga tahun sebelum mereka bersara,” katanya kepada pemberita selepas melawat Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI) di sini, semalam.
Ahmad Zahid berkata, langkah itu diambil bagi memastikan kehidupan bakal pesara tentera terjamin dengan mendapat peluang pekerjaan di sektor kerajaan dan swasta. 

Beliau berkata, golongan berkenaan juga antara lain diberi peluang untuk mencebur diri dalam bidang keusahawanan menerusi kemudahan pinjaman yang akan diusahakan oleh syarikat yang bakal mengeluarkan produk mereka. 

“Selain itu, mana-mana pesara yang mahu berkhidmat dengan jabatan kerajaan diberi peluang meneruskan khidmat mereka dalam pasukan penguatkuasaan lain seperti polis, Jabatan Penjara dan pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya. 

Dianggarkan purata 3,000 anggota tentera dari ketiga-tiga cabang menamatkan perkhidmatan mereka setiap tahun.


Via Berita Harian Online
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Latihansebelumbersara/Article

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nuffnang Ads

 

Sample text

Sample Text

Sample Text