Social Icons

Social Icons

Jumaat, 22 Jun 2012

Rawatan buang tatu digalakkan: Majlis Fatwa

KUALA LUMPUR: Penggunaan sebarang teknologi sama ada secara percuma atau sebaliknya bagi membuang tatu pada badan bagi mereka yang baru memeluk Islam amat digalakkan. 

Berikutan itu, Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abd Shukor Hussin, berkata tindakan memberi rawatan percuma untuk membuang tatu itu perlu disokong sepenuhnya kerana ia bukan saja menjimatkan, malah dapat mengurangkan beban (kewangan) yang ditanggung pemakainya.
Bagaimanapun, katanya, jika rawatan untuk membuangnya memudaratkan si pemakai seperti menjejaskan kesihatan dan mengancam nyawa, ia boleh dikecualikan.
“Membuang tatu itu adalah wajib (kepada si pemakai), namun jika kos yang diperlukan tinggi dan membebankan mereka, maka dia boleh menangguhkan dulu sehingga benar-benar kewangannya mencukupi. 

“Apa yang dilakukan HUSM (Hospital Universiti Sains Malaysia) itu sesuatu yang perlu dipuji dan disokong sepenuhnya. Ia juga harus diwar-warkan,” katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam. 

Akhbar semalam melaporkan, umat Islam yang memiliki ukiran tatu dan bercadang untuk membuangnya, kini boleh melakukannya secara percuma apabila HUSM menawarkan rawatan laser bagi membuang ukiran berkenaan. 

Proses berkenaan dijangka mengambil masa lebih 10 bulan kerana selepas menjalani rawatan sesi pertama, pesakit akan menunggu kira-kira enam minggu untuk ke sesi kedua dan seterusnya. 
Dalam pada itu, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Kali Ke-86 yang bersidang pada 21 sehingga 24 April 2009 lalu sudah pun memutuskan bahawa di dalam Islam hukum bertatu, iaitu pembuat tatu dan orang yang meminta dibuat tatu adalah haram. 

Sementara itu, Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin, berkata umat Islam terutama generasi muda perlu memahami bahawa pemakaian tatu adalah sesuatu yang ditegah dalam Islam dan wajib di elakkan. 

Katanya, budaya pemakaian itu yang dianggap satu ikutan dan seni sebenarnya lebih mendatangkan kesan negatif kepada kesihatan seperti kaedah merawatnya yang menggunakan laser. 

“Sebab itu, jika boleh anak muda terutama yang aktif bersukan atau ahli sukan, jangan mudah terpengaruh dengan pemakaian tatu seperti yang ditunjukkan atlit luar negara kerana ia ditegah dalam agama selain ada kalanya boleh memudaratkan,” katanya. 


Sumber Berita Harian Online
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Rawatanbuangtatudigalakkan_MajlisFatwa/Article

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nuffnang Ads

 

Sample text

Sample Text

Sample Text