Social Icons

Social Icons

Isnin, 31 Januari 2011

Park Ji-sung umum persaraan arena antarabangsa







SEOUL: Selepas melakar penampilan ke-100 di pentas Piala Asia 2011 bersama pasukan kebangsaan Korea Selatan, bintang tengah Manchester United, Park Ji-sung secara rasmi mengumumkan persaraannya daripada arena bola sepak antarabangsa. 

Kapten Korea Selatan berusia 29 itu yang juga salah seorang pemain bola sepak terbaik Asia berkata kecederaan lutut yang kronik memaksanya untuk bersara selain mahu membuka laluan buat rakan sepasukan yang lebih muda.





“Ia adalah satu penghormatan dan kebanggaan untuk beraksi bersama pasukan kebangsaan,” kata Park yang pernah beraksi dalam tiga pentas Piala Dunia 2002, 2006 dan 2010. “Lebih dari itu, saya juga mahu memberi peluang kepada rakan sepasukan lain untuk meningkat.
“Jika tiada kecederaan, saya mungkin akan meneruskan karier bersama pasukan kebangsaan sekalipun keadaan fizikal yang mendesak tetapi saya tidak memiliki pilihan,” kata satu-satunya pemain Korea Selatan yang pernah beraksi dalam final Liga Juara Eropah dan pernah meraih tiga kejayaan Liga Perdana Inggeris dan Piala Liga bersama United.

“Bagi saya, saat paling gembira sepanjang hidup saya adalah ketika saya mengetahui terpilih untuk menyarung jersi kebangsaan selain beraksi di Piala Dunia 2002. – AP 


Gambar : Yonhap News

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nuffnang Ads

 

Sample text

Sample Text

Sample Text