Social Icons

Social Icons

Isnin, 10 Januari 2011

Chong Wei kekal kejuaraan

 
GADE (kanan) mengucapkan tahniah kepada Chong Wei selepas  menjuarai Kejohanan Final 
Siri Super Masters 
di Taiwan, semalam.
GADE (kanan) mengucapkan tahniah kepada Chong Wei selepas menjuarai Kejohanan Final Siri Super Masters di Taiwan, semalam.


Pemain nombor satu dunia tetap cemerlang tanpa Misbun di Taiwan

TANPA kehadiran jurulatihnya Datuk Misbun Sidek di sisi, pemain nombor satu dunia, Lee Chong Wei tetap cemerlang mempertahankan kejuaraan buat kali ketiga dengan menundukkan pemain Denmark, Peter Gade Christensen pada Kejohanan Final Siri Super Masters di Taiwan, semalam.

Seperti dijangka, jaguh badminton negara yang diletakkan sebagai pilihan pertama itu dan menewaskan Peter Gade di peringkat kumpulan sebelum ini, tidak berdepan masalah mengulangi kehebatannya dengan menang 21-9, 21-14 dalam final, untuk membawa pulang hadiah kemenangan berjumlah AS$40,000 (RM122,720).





Berdasarkan 10 rekod pertemuan sebelum ini, Chong Wei menang sembilan perlawanan dengan kali terakhir Jumaat lalu apabila menumpaskan pemain Denmark itu, 21-17, 21-17.
Pemain China pula menguasai tiga lagi kategori termasuk perseorangan wanita yang dimenangi Wang Shixian apabila menumpaskan pemain Korea, Youn Joo Bae 21-13, 21-15, diikuti beregu campuran Zhang Nan-Zhao Yunlei menewaskan Sudket Prapakamol-Saralee Thoungthongkam (Thailand) 21-17, 21-12 dan beregu campuran Wang Xiaoli-Yu Yang yang menewaskan rakan senegara Cheng Shu-Zhao Yunlei 21-7, 21-17.

Dalam satu lagi aksi beregu lelaki, pasangan Denmark Carsten Mogensen-Mathias Boe menumpaskan gandingan Korea, Jae Sung Jung-Yong Dae Lee 21-17, 21-15.





Satu lagi wakil negara, pasangan Koo Kean Keat-Tan Boon Heong yang beraksi di kejohanan itu terkeluar di peringkat awal kumpulan dalam kejohanan yang menghimpunkan lapan pemain terbaik dunia bagi setiap acara.


Sumber : Berita Harian Online dan Peter Gade Facebook's Page 


KM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nuffnang Ads

 

Sample text

Sample Text

Sample Text