Social Icons

Social Icons

Khamis, 20 Januari 2011

Iraq melangkah ke suku akhir



PEMAIN Iraq,  Basem Abbas (kiri)  berebut bola dengan pemain Korea Utara, Mun In Guk dalam saingan Kumpulan D, kelmarin.
PEMAIN Iraq, Basem Abbas (kiri) berebut bola dengan pemain Korea Utara, Mun In Guk dalam saingan Kumpulan D, kelmarin.


Iringi Iran selepas tewaskan Korea Utara, muncul naib juara Kumpulan D 

DOHA, Qatar: Juara bertahan Iraq menundukkan Korea Utara 1-0 dalam perlawanan Kumpulan D kelmarin, untuk menduduki tangga kedua kumpulan seterusnya bertemu Australia pada perlawanan suku akhir Piala Asia, esok.

Iran pula yang sudah memastikan tempat teratas kumpulan hasil dua kemenangan, menurunkan ramai pemain simpanan berdepan United Arab Emiriah tetapi mampu menumpaskan lawan 3-0 dalam perlawanan yang menyaksikan kad merah dilayangkan kepada seorang pemain Iran dan UAE.

Iran akan berdepan Korea Selatan pada peringkat suku akhir. Korea Utara yang melayakkan diri ke Piala Dunia tahun lalu, serta UAE pulang tanpa menjaringkan gol. Kemenangan Iran itu menjadikan ia satu-satunya pasukan memenangi semua tiga perlawanan peringkat kumpulan. 

Penyerang, Arash Afshin memecah kebuntuan gol dengan jaringan minit ke-70 tetapi diperintah keluar padang lima minit kemudian selepas menerima kad kuning kedua, dan UAE juga terpaksa bermain 10 orang apabila pertahanan Khalid Sebil menerima nasib sama pada minit ke-79. 

Pemain tengah Mohammad Nori meledak gol kedua pada minit ke-83, sebelum pertahanan Walid Abbas menambah jaringan pada masa kecederaan. 

Iraq pula yang hanya memerlukan seri untuk layak, memperoleh tiga mata menerusi jaringan tunggal Kerrar Jasim pada minit ke-22. 
Pengendali pasukan, Wolfgang Sidka berkata pasukannya meraikan kemenangan sesudah perlawanan itu, dan kini mempersiapkan diri bertemu Australia esok. 

“Pemain saya keletihan. Adalah perlu untuk segera mengembalikan tahap kecergasan kerana kami mempunyai kurang sehari rehat berbanding Australia (yang bermain perlawanan terakhir kumpulan Selasa). Australia kuat daripada segi fizikal dan mempunyai ramai pemain profesional dan berpengalaman.” 

“Saya memang nantikan pertembungan Korea Selatan-Iran. Tanpa pertemuan seperti ini, ia bukan Piala Asia. Saya menjangkakan ia akan menjadi perlawanan menarik,” kata jurulatih Iran, Afshin Ghotbi. - AP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nuffnang Ads

 

Sample text

Sample Text

Sample Text