Social Icons

Social Icons

Selasa, 7 September 2010

Pasar Tani sempena Syawal dilanjut hingga 10 malam

ALOR SETAR - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan melanjutkan waktu perniagaan pasar tani sempena Aidilfitri dan kedai agro bazar terpilih sehingga pukul 10 malam pada dua hari sebelum hari raya.

Sebelum ini, waktu urusniaga di pasar tani tersebut ditetapkan dari pukul 7 pagi hingga 6 petang.

Pengerusi FAMA, Datuk Paduka Bad- ruddin Amiruldin (gambar) berkata, keputusan itu dibuat bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk membuat persiapan terakhir bagi menyediakan juadah pada hari raya nanti.

"Kita sedia maklum, mungkin akan ada warga kota yang akan pulang ke kampung pada saat-saat akhir dan tidak sempat nak membeli barangan keperluan.

"Ia memberi ruang kepada mereka untuk mendapatkan barangan terbabit di saat-saat akhir," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pada majlis Pelancaran Praperayaan sempena Aidilfitri Peringkat negeri Kedah di sini semalam.

Sebanyak 130 pasar tani sempena Aidilfitri akan dibuka di seluruh negara selama dua hari bermula esok bagi membolehkan orang ramai membeli keperluan bagi persediaan menyambut Syawal.

Badruddin menambah, pasar tani dan kedai agro bazar yang ada di seluruh negara sempena Syawal itu juga akan menjual barang-barang kawalan seperti tepung, gula dan beras dan beliau menjamin keperluan tersebut mencukupi.

Dalam pada itu, pada majlis tersebut, Badruddin turut menyampaikan bantuan kepada 15 fakir miskin melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Copy from KOSMO! online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nuffnang Ads

 

Sample text

Sample Text

Sample Text