Social Icons

Social Icons

Selasa, 12 Oktober 2010

Cacat tak halang genggam ijazah


FATIMAH (tengah) berkongsi kegembiraan bersama pasangan suami isteri Ainurfarilah Abdul Kadir (kanan) dan Mohd. Zamri Omar pada istiadat Konvokesyen UPM, Serdang semalam.


SERDANG – Meskipun berkerusi roda selain umurnya yang hampir mencecah separuh abad, graduan Universiti Putra Malaysia (UPM), Fatimah Sulaiman, 49, tetap cekal menimba ilmu pengetahuan seperti insan normal lain.

Semalam dia berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Komunikasi bersama 5,277 graduan yang lain pada hari ketiga istiadat Konvokesyen ke-34 UPM di sini.

Fatimah yang menghidap penyakit sendi tulang tangan dan kaki sejak 23 tahun lalu berkata, dia tidak pernah merasakan kekurangan yang ada pada dirinya sebagai penghalang untuk terus berjaya dalam hidup.

Graduan yang berasal dari Kampung Padang Golf, Menumbok, Sabah itu bersyukur kerana usahanya berbaloi meskipun dia terpaksa berusaha lebih gigih berbanding rakan normal lain.

“Saya akui orang kurang upaya seperti saya agak sukar untuk menimba ilmu tetapi disebabkan keazaman yang tinggi untuk berjaya, saya berusaha bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti putus asa.

“Usaha gigih selama ini ternyata berbaloi dan saya ingin menghadiahkan kejayaan ini kepada diri saya sendiri dan juga ibu tersayang,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Fatimah yang merupakan seorang guru di Sekolah Kebangsaan Pekan Menumbok berkata, dia mengulang kaji pelajarannya secara jarak jauhpada waktu malam selain menggunakan cuti pada hujung minggu untuk menghadiri kelas di Kota Kinabalu.

Copy from KOSMO! Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nuffnang Ads

 

Sample text

Sample Text

Sample Text