Social Icons

Social Icons

Isnin, 24 Disember 2012

Banjir: Ibu mengandung `bertukar' bot empat kali ke pusat pemindahan

SETIU: Seorang ibu yang sarat mengandung, antara mangsa banjir yang terpaksa meranduk air untuk dipindahkan dengan menggunakan bot setelah kediaman mereka mula dinaiki air.Ketika ditemui, Nor Shahwani Zulkifli, 22, dari Kampung Hulu Seladang di sini yang kini mengandung anak kedua, terpaksa 'bertukar' bot sebanyak empat kali untuk sampai ke pusat sementara perpindahan banjir.Bersama suami dan anak lelakinya yang berusia dua tahun, dia seterusnya dihantar ke Hospital Daerah Setiu bagi penempatan khas ibu mengandung.Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Permaisuri, Abdul Halim Jusoh merayu kerajaan supaya melaksanakan segera projek tebatan banjir yang membawa manfaat kepada lebih 30 buah kampung termasuk Hulu Seladang, Che Long, Guntung, Permaisuri, Nyatoh dan Kampung Buluh."Penduduk terbabit saban tahun terpaksa dipindahkan akibat banjir sejak lebih 20 tahun lalu dan ini menyukarkan penduduk," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas melawat mangsa banjir.Dalam pada itu, keadaan banjir di Terengganu semakin buruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat kepada 975 orang setakat jam 6 petang tadi berbanding hanya 305 orang di sebelah pagi. - BERNAMA

Sumber Berita Harian Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nuffnang Ads

 

Sample text

Sample Text

Sample Text