Social Icons

Social Icons

Sabtu, 27 November 2010

Hadiah kejayaan kepada keluarga


AMIR (tengah) menunjukkan diploma yang diterima kepada ibu bapanya selepas Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-73
di Shah Alam semalam.


SHAH ALAM – Berpegang pada janji yang dibuatnya sejak tiga tahun lalu bagi menghadiahkan keputusan akademik terbaik kepada keluarganya, Amir Fauzan Shuhaimi, 21, semalam mengotakannya.

Anak bongsu kepada tiga beradik itu berjaya menjadi penerima Anugerah Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-73 di sini semalam.

Amir yang menerima anugerah berprestij bagi Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.7 itu menganggapnya hadiah kepada kedua ibu dan bapanya, Shuhaimi Kassom, 54, dan Ramlah Sungib, 54.

“Sejak masuk ke UiTM, saya belajar bersungguhsungguh sehingga dapat CGPA 3.8 pada semester pertama dan kemudian mengekalkan prestasi cemerlang setiap semester,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurut Amir, kejayaan yang dicapai itu merupakan hasil dorongan ibu bapanya yang mahu melihat dia memperoleh keputusan cemerlang dalam akademik seperti dicapai oleh kedua-dua abangnya.

“Jika kita berpegang pada janji, kita mesti berusaha kuat menunaikannya walaupun ia mengorbankan masa dan kepentingan diri,” ujarnya yang sedang menyambung pengajian peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang sama.

Copy from KOSMO! Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nuffnang Ads

 

Sample text

Sample Text

Sample Text