KUALA LUMPUR - Orang ramai diingatkan agar memperbaiki sikap dan gaya pemanduan masing-masing agar tidak menjadikan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini sebagai satu tragedi.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Chong Ha berkata, sikap dan gaya pemanduan merupakan kunci utama kepada tahap keselamatan di jalan raya.
Menurut beliau, orang ramai perlu faham bahawa risiko untuk berlaku kemalangan pada setiap kali musim perayaan meningkat berikutan pertambahan bilangan kenderaan sebanyak tiga kali ganda berbanding hari-hari biasa.
Katanya, hasil kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) pula mendapati 67 peratus yang menyumbang kepada kematian dan kecederaan di jalan raya adalah faktor manusia berbanding keadaan jalan (28 peratus) dan keadaan kenderaan (lima peratus).
"Sikap seperti membawa kenderaan melebihi had ditetapkan, melanggar peraturan jalan raya, tidak bertanggungjawab semasa di jalan raya sehingga membahayakan nyawa orang lain perlu diubah.
Copy from KOSMO! Online
Tiada ulasan:
Catat Ulasan