Social Icons

Social Icons

Isnin, 24 Disember 2012

Banjir: Ibu mengandung `bertukar' bot empat kali ke pusat pemindahan

SETIU: Seorang ibu yang sarat mengandung, antara mangsa banjir yang terpaksa meranduk air untuk dipindahkan dengan menggunakan bot setelah kediaman mereka mula dinaiki air.Ketika ditemui, Nor Shahwani Zulkifli, 22, dari Kampung Hulu Seladang di sini yang kini mengandung anak kedua, terpaksa 'bertukar' bot sebanyak empat kali untuk sampai ke pusat sementara perpindahan banjir.Bersama suami dan anak lelakinya yang berusia dua tahun, dia seterusnya dihantar ke Hospital Daerah Setiu bagi penempatan khas ibu mengandung.Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Permaisuri, Abdul Halim Jusoh merayu kerajaan supaya melaksanakan segera projek tebatan banjir yang membawa manfaat kepada lebih 30 buah kampung termasuk Hulu Seladang, Che Long, Guntung, Permaisuri, Nyatoh dan Kampung Buluh."Penduduk terbabit saban tahun terpaksa dipindahkan akibat banjir sejak lebih 20 tahun lalu dan ini menyukarkan penduduk," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas melawat mangsa banjir.Dalam pada itu, keadaan banjir di Terengganu semakin buruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat kepada 975 orang setakat jam 6 petang tadi berbanding hanya 305 orang di sebelah pagi. - BERNAMA

Sumber Berita Harian Online

Isnin, 10 Disember 2012

Gempa bumi kecil gegar Russia

 Novorossiisk

ROSTOV-ON-DON: Gempa bumi berukuran 4.8 magnitud menggegar Russia awal pagi tadi di sepanjang pantai Laut Hitam di utara bandar Sochi yang sedang membuat persiapan untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk 2014. 

Jurucakap perkhidmatan kecemasan, Vladimir Smirnov berkata, tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan. 
Beliau berkata, gempa bumi ialah kira-kira 34 kilometer barat laut bandar pelabuhan Novorossiisk. 

Gempa bumi itu dikatakan berpotensi untuk menyebabkan kerosakan sederhana. Pusat gempa pula ialah di atas daratan dan pada kedalaman kira-kira 10 kilometer. - AP 

Sumber Berita Harian Online
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/GempabumikecilgegarRussia/Article/artikel

Keberanian Malaysia dikagumi

Wan Adnan (tiga dari kanan) menyerahkan sumbangan kepada Duta Khas Palestin 
ke Malaysia, AbdelAziz Abughoush (tiga dari kiri) pada pada Majlis Pelancaran 
Tabung Palestin anjuran UMNO Bahagian Kuantan, semalam. - Foto Afif Abd Halim

Palestin puji PM, rakyat kecam serangan Israel di Gaza

Kuantan: Palestin menghargai dan memuji keberanian Malaysia mengecam Israel serta menyuarakan bantahan terhadap negara kuasa besar dunia, Amerika Syarikat susulan keganasan rejim itu di Gaza. 

Duta Khas Palestin ke Malaysia, AbdelAziz Abughoush, berkata semangat kesepaduan ditunjukkan rakyat negara ini tanpa mengira fahaman politik dalam isu membabitkan serangan terbaru Yahudi ke atas negara berkenaan dikagumi rakyat Palestin. 

Palestin amat memuji semangat Malaysia dalam isu ini.. kesepaduan ditunjukkan rakyat Malaysia amat kami kagumi. Sokongan konsisten Malaysia bagi pembebasan dan pembentukan sebuah negara Palestin yang berdaulat sejak dulu juga membuktikan negara ini mengambil berat nasib menimpa kami," AbdelAziz Abughoush, Duta Khas Palestin ke Malaysia

Sambil menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebagai tokoh yang wajar dicontohi, Abde lAziz menghargai keberanian Kerajaan Malaysia mengecam tindakan rejim Zionis dan menyuarakannya sendiri kepada Presiden Barack Obama.

Palestin kagum

“Palestin amat memuji semangat Malaysia dalam isu ini.. kesepaduan ditunjukkan rakyat Malaysia amat kami kagumi. Sokongan konsisten Malaysia bagi pembebasan dan pembentukan sebuah negara Palestin yang berdaulat sejak dulu juga membuktikan negara ini mengambil berat nasib menimpa kami.

“Keputusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara pemerhati awal 29 November lalu juga merisaukan Yahudi, dan ini membuktikan dengan sokongan masyarakat dunia terutama Malaysia sudah membuka jalan kepada pembebasan penuh Palestin. 
“Dalam konflik lapan hari yang dimulakan rejim Zionis pertengahan November lalu, mengorbankan ramai orang awam, termasuk kanak-kanak. Mereka (Zionis) melancarkan 1,500 serangan udara dan darat...menggugurkan 1,000 tan bahan letupan di Semenanjung Gaza, semuanya bagi menguji sistem persenjataan baru dimiliki mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Tabung Palestin anjuran UMNO Bahagian Kuantan, di sini, malam kelmarin.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Kuantan, Datuk Wan Adnan Wan Mamat; wakil UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah dan Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Datuk Hazmi Yusof.

Kira-kira 1,500 penduduk sekitar daerah ini hadir pada majlis itu yang bermula jam 8 malam.

Derma RM60,000

Sementara itu, Wan Adnan yang juga pengerusi penganjur majlis berkenaan berkata, kerajaan negeri dan UMNO bahagian menyumbang RM60,000 kepada tabung berkenaan.

“Kita harap dapat mengutip sekurang-kurangnya RM100,000 dan mengalu-alukan syarikat korporat turut memberikan sumbangan. Selain wang, kita juga mengalu-alukan sumbangan lain, seperti pakaian dan barangan keperluan harian lain.

“Tabung ini kita akan edarkan ke 24 pusat daerah mengundi (PDM) bahagian ini. Kita juga sedang berbincang dengan pimpinan UMNO bahagian lain untuk memperluaskan kutipan tabung ini ke kawasan mereka,” katanya

Sumber Berita Harian Online
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KeberanianMalaysiadikagumi/Article

Nuffnang Ads

 

Sample text

Sample Text

Sample Text