Social Icons

Social Icons

Isnin, 25 Jun 2012

PAS setuju SPRM siasat akaun Anwar


Anwar Ibrahim


Oleh Hassan Omar, Faiza Zainuddin dan Haspaizi Mohd Zain

KUALA LUMPUR: PAS bersetuju Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan memiliki 20 akaun induk bernilai RM3 bilion.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub, berkata parti itu tidak ada halangan jika pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap pemimpin pembangkang, termasuk Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
“Kita tidak ada masalah untuk mana-mana pihak menjalankan siasatan atas apa-apa tuduhan. Itu adalah pendirian PAS, kita setuju bukan saja Anwar, bahkan Tok Guru (Nik Aziz) sekali pun.
“Jalankan siasatan dan itu pendirian kita, sebab sebelum ini pun Anwar sudah menjawabnya (isu RM3 bilion) di Dewan Rakyat,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, di sini semalam.

Sebelum ini, bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid mengesahkan membuat akuan bersumpah mengenai akaun RM3 bilion yang didakwanya membabitkan Anwar pada 1999.

Abdul Murad dilaporkan mendakwa Anwar mengawal 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion. 

Salahuddin juga mempertahankan kenyataannya sebelum ini yang menyamakan perarakan Thaipusam dengan demonstrasi jalanan yang dianggap menghina penganut agama Hindu di negara ini. 
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, kenyataannya itu tidak berniat menghina mana-mana agama dan tidak akan memohon maaf berhubung perkara itu.

“Saya hanya buat perbandingan berhubung kebebasan bersuara dan berhimpun,” katanya. 

Isu itu timbul apabila beliau membandingkan perarakan perayaan itu dengan demonstrasi jalanan ketika berdebat dengan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah minggu lalu.

Sumber Berita Harian Online

Jumaat, 22 Jun 2012

Rawatan buang tatu digalakkan: Majlis Fatwa

KUALA LUMPUR: Penggunaan sebarang teknologi sama ada secara percuma atau sebaliknya bagi membuang tatu pada badan bagi mereka yang baru memeluk Islam amat digalakkan. 

Berikutan itu, Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abd Shukor Hussin, berkata tindakan memberi rawatan percuma untuk membuang tatu itu perlu disokong sepenuhnya kerana ia bukan saja menjimatkan, malah dapat mengurangkan beban (kewangan) yang ditanggung pemakainya.
Bagaimanapun, katanya, jika rawatan untuk membuangnya memudaratkan si pemakai seperti menjejaskan kesihatan dan mengancam nyawa, ia boleh dikecualikan.
“Membuang tatu itu adalah wajib (kepada si pemakai), namun jika kos yang diperlukan tinggi dan membebankan mereka, maka dia boleh menangguhkan dulu sehingga benar-benar kewangannya mencukupi. 

“Apa yang dilakukan HUSM (Hospital Universiti Sains Malaysia) itu sesuatu yang perlu dipuji dan disokong sepenuhnya. Ia juga harus diwar-warkan,” katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam. 

Akhbar semalam melaporkan, umat Islam yang memiliki ukiran tatu dan bercadang untuk membuangnya, kini boleh melakukannya secara percuma apabila HUSM menawarkan rawatan laser bagi membuang ukiran berkenaan. 

Proses berkenaan dijangka mengambil masa lebih 10 bulan kerana selepas menjalani rawatan sesi pertama, pesakit akan menunggu kira-kira enam minggu untuk ke sesi kedua dan seterusnya. 
Dalam pada itu, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Kali Ke-86 yang bersidang pada 21 sehingga 24 April 2009 lalu sudah pun memutuskan bahawa di dalam Islam hukum bertatu, iaitu pembuat tatu dan orang yang meminta dibuat tatu adalah haram. 

Sementara itu, Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin, berkata umat Islam terutama generasi muda perlu memahami bahawa pemakaian tatu adalah sesuatu yang ditegah dalam Islam dan wajib di elakkan. 

Katanya, budaya pemakaian itu yang dianggap satu ikutan dan seni sebenarnya lebih mendatangkan kesan negatif kepada kesihatan seperti kaedah merawatnya yang menggunakan laser. 

“Sebab itu, jika boleh anak muda terutama yang aktif bersukan atau ahli sukan, jangan mudah terpengaruh dengan pemakaian tatu seperti yang ditunjukkan atlit luar negara kerana ia ditegah dalam agama selain ada kalanya boleh memudaratkan,” katanya. 


Sumber Berita Harian Online
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Rawatanbuangtatudigalakkan_MajlisFatwa/Article

Khamis, 21 Jun 2012

Remaja dipelawa tulis esei hak sebagai rakyat

DR MAHATHIR, Presiden dan Pengurus Besar Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar (kanan) dan Nik Mohamed pada pelancaran pertandingan di Kuala Lumpur, semalam.



PUTRAJAYA: Golongan muda Malaysia dalam lingkungan usia 13 hingga 25 tahun dipelawa menulis esei dan blogspot mengenai hak dan tanggungjawab mereka sebagai warga negara pada Pertandingan Esei Yayasan Maybank-Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) 2012. 

Pengarah Eksekutif YKP, Tan Sri Nik Mohamed Nik Yaacob, berkata pertandingan yang dianjurkan dua tahun sekali sejak 2006 adalah bagi membolehkan suara dan pandangan belia didengar, khususnya bagaimana penduduk dapat menjamin masa depan yang makmur dan cerah untuk negara.
Beliau berucap pada pelancaran pertandingan itu oleh bekas perdana menteri dan Presiden Kehormat YKP Tun Dr Mahathir Mohamad di sini, semalam.
Pertandingan terbahagi kepada dua kategori iaitu: Kategori A untuk mereka berusia 13 hingga 17 tahun dan Kategori B antara 18 hingga 25 tahun, dengan tema ‘Membentuk Negara: Hak dan Tanggungjawab kita sebagai Warga.’
Pertandingan terbahagi kepada dua kategori iaitu: Kategori A untuk mereka berusia 13 hingga 17 tahun dan Kategori B antara 18 hingga 25 tahun, dengan tema ‘Membentuk Negara: Hak dan Tanggungjawab kita sebagai Warga.’

Peserta boleh menulis sama ada dalam format esei atau blogspot dalam bahasa Melayu atau Inggeris, namun mereka digalakkan menulis dalam Inggeris. 

Pertandingan berlangsung mulai semalam hingga 30 Oktober. 

Pemenang hadiah utama pertandingan berpeluang menerima wang tunai RM8,000, sebuah iPad 2 dan E-Book Reader serta baucar buku. 
Maklumat lanjut mengenai pertandingan boleh diperoleh melalui laman web di http://perdanaessaycompetition.com.my atau telefon 03-8885 8900 atau e-mel essay2012@perdana.org.my – BERNAMA 


Sumber Berita Harian Online
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Remajadipelawatuliseseihaksebagairakyat/Article

Selasa, 19 Jun 2012

NUTP syor bendung segera remaja samseng

Gejala samseng menyerang sekolah wajar dibendung bagi mengelak sembarang kejadian tidak diingini di kawasan sekolah
(Gambar Hiasan)


KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mahu tindakan segera diambil bagi membendung kegiatan remaja samseng menyerang sekolah supaya kejadian buruk seumpama itu tidak berulang. 

Sambil melahirkan rasa kesal terhadap insiden di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cheras Perdana di sini tengah hari kelmarin, NUTP juga mahu aspek keselamatan di sekolah diberi perhatian serius.
Presidennya, Hashim Adnan, berkata usaha untuk mengekang kegiatan seperti itu daripada berulang tidak hanya terletak pada pihak berkuasa semata-mata, sebaliknya tanggungjawab sama harus dipikul ibu-bapa untuk mengawasi pergerakan anak mereka.
“Isu mengenai keselamatan di sekolah ini sememangnya sudah lama kita bincangkan mengenainya termasuk ada cadangan untuk menempatkan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) di sekolah bagi menjaga keselamatan pelajar.

“Kejadian seperti ini harus dikawal mulai dari sekarang, walaupun ia adalah kes terpencil, tetapi harus diberi perhatian serius oleh semua pihak, ” katanya ketika dihubungi semalam. 


Via Berita Harian Online
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/NUTPsyorbendungsegeraremajasamseng/Article

JLKN batal aktiviti luar IPU lebih 100

PELATIH PLKN menjalani latihan di dewan tertutup berikutan virus H1N1 dikesan di kem Dusun Resort, Kuala Nerang, semalam.


KUALA NERANG: Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) tidak menolak kemungkinan membatalkan semua aktiviti luar di kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) jika catatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai tahap membimbangkan. 

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil, berkata langkah itu perlu diambil sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelak pelatih berdepan risiko terutama masalah kesihatan, jika IPU dilapor melebihi bacaan 100.
Buat masa ini, katanya, pihak kem terutama komandan di seluruh negara sudah diarah memantau status IPU di kawasan masing-masing dari semasa ke semasa dan jika perlu mereka harus bertindak mengikut kesesuaian keadaan.
“Komandan perlu mengurangkan aktiviti luar termasuk membekalkan penutup muka kepada pelatih jika bacaan IPU mencecah antara 95 hingga 99. 

“Bagaimanapun, keputusan membatalkan semua aktiviti hanya akan dibuat sebagai jalan terakhir jika keadaan terbukti berisiko,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau keadaan kem PLKN Dusun Resort di Kampung Pisang, dekat Jalan Padang Sanai, di sini, yang dijangkiti wabak Influenza A (H1N1) sejak Isnin lalu. 

Abdul Hadi berkata, sehingga kini tiada mana-mana kem termasuk di Selangor iaitu antara negeri paling terjejas berikutan jerebu, dilapor membatalkan aktiviti luar mereka. 
Mengenai jangkitan H1N1 di kem PLKN di Dusun Resort, Abdul Hadi berkata, ia tidak akan ditutup kerana penyebaran wabak itu bukan bersifat pandemik serta tidak berada dalam keadaan serius. 


Via Berita Harian Online
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/JLKNbatalaktivitiluarIPUlebih100/Article

Ahad, 17 Jun 2012

Tiada kawasan catat bacaan IPU tidak sihat


Gambar Hiasan via Harian Metro

2012/06/18

KUALA LUMPUR: Kualiti udara dilapor baik apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar pada jam 7 pagi ini menunjukkan tiada kawasan merekod IPU tidak sihat. 

Pelabuhan Klang, Shah Alam, Petaling Jaya, Kuala Selangor, Cheras dan Batu Muda, yang merekod IPU tidak sihat pada 7 pagi semalam, masing-masing mencatat bacaan IPU sederhana pagi ini.
Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar, www.doe.gov.my, tiada kawasan di Malaysia yang mencatat bacaan sangat tidak baik dan berbahaya dengan 88 peratus kawasan di seluruh negara berada pada tahap bacaan IPU sederhana dan 12 peratus di tahap baik.
IPU pada tahap antara 0 dan 50 adalah baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 301). 

Menurut laporan sebelum ini, kemerosotan kualiti udara yang dialami di Lembah Klang kebelakangan ini disebabkan pencemaran jerebu merentas sempadan dari Sumatera, Indonesia. 

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan di beberapa tempat di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur petang ini. 

Menurut laman web jabatan itu, Malaysia kini dilanda Monsun Barat Daya yang menyebabkan keadaan cuaca panas dan kering, dan ia dijangka berterusan sehingga September. - BERNAMA 


Sumber Berita Harian Online
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TiadakawasancatatbacaanIPUtidaksihat/Article

Rabu, 13 Jun 2012

Latihan sebelum bersara


Ke semua anggota dan pegawai akan diberikan latihan intensif mengikut kepakaran dan kemahiran mereka.

(Gambar Hiasan)


Oleh Abu Bakar Al Sidek

2012/06/14

HUTAN MELINTANG: Pegawai dan anggota tentera yang akan bersara akan diberi latihan intensif selaras dengan kepakaran dan kemahiran mereka untuk mendapat pekerjaan kedua selepas persaraan mereka. 

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata Kementerian Pertahanan mengambil pendekatan baru bagi menjamin pesara tentera mendapat peluang pekerjaan tanpa perlu menunggu lama.
“Mereka akan diberi kursus dan latihan dengan kerjasama Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) sepanjang tiga tahun sebelum mereka bersara,” katanya kepada pemberita selepas melawat Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI) di sini, semalam.
Ahmad Zahid berkata, langkah itu diambil bagi memastikan kehidupan bakal pesara tentera terjamin dengan mendapat peluang pekerjaan di sektor kerajaan dan swasta. 

Beliau berkata, golongan berkenaan juga antara lain diberi peluang untuk mencebur diri dalam bidang keusahawanan menerusi kemudahan pinjaman yang akan diusahakan oleh syarikat yang bakal mengeluarkan produk mereka. 

“Selain itu, mana-mana pesara yang mahu berkhidmat dengan jabatan kerajaan diberi peluang meneruskan khidmat mereka dalam pasukan penguatkuasaan lain seperti polis, Jabatan Penjara dan pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya. 

Dianggarkan purata 3,000 anggota tentera dari ketiga-tiga cabang menamatkan perkhidmatan mereka setiap tahun.


Via Berita Harian Online
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Latihansebelumbersara/Article

Isnin, 11 Jun 2012

Kerajaan akan putuskan BR1M2 tidak lama lagi: PM


Gambar Hiasan

Sumber dari arenapicisan.blogspot.com


2012/06/12

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan akan membuat keputusan tidak lama lagi sama ada pusingan kedua Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BR1M) akan dilaksanakan. 

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan perlu melihat kepada kemampuan dan pengurusan kewangan negara.
"Saya akan melihat aliran tunai kerajaan tidak lama lagi untuk memutuskan sama ada kita mampu untuk melakukan BR1M kedua dan pada masa sama memastikan disiplin fiskal," katanya menjawab pertanyaan pada sesi liputan langsung NSTLIVE di Balai Berita yang berlangsung sekarang.
Ditanya apakah kerajaan mampu meneruskan kelangsungan bantuan kepada rakyat dan apakah inisiatif itu akan mewujudkan masyarakat yang bergantung kepada subsidi, Najib berkata: 

"Tidak, sebalik kita adalah kerajaan rakyat. Justeru, kita prihatin kepada kehendak rakyat sambil mengekalkan tanggungjawab fiskal," 

Kepada soalan lain, Najib berkata semua golongan rakyat akan menikmati "sesuatu" daripada Belanjawan 2013 yang sedang dirangka. 

"Akan ada sesuatu untuk rakyat tetapi anda perlu tunggu pembentangan Belnjawan itu," katanya.


Sumber dari Berita Harian Online
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KerajaanakanputuskanBR1M2tidaklamalagi_PM/Article

Nuffnang Ads

 

Sample text

Sample Text

Sample Text