Social Icons

Social Icons

Isnin, 30 Ogos 2010

Klip video Namewee: Empat laporan polis dibuat di Johor

JOHOR BAHRU: Polis mengesahkan menerima empat laporan berhubung klip video berbaur perkauman terbaru oleh pemuda dari Muar Johor, Wee Meng Chee atau dikenali sebagai Namewee.

"Laporan pertama dibuat kelmarin di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulaijaya dan tiga lagi laporan dibuat semalam di Johor Jaya, Pasir Gudang dan Masai," kata Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff.


"Kita akan menyiasat kes ini di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Bagi kesalahan seterusnya pelaku boleh dipenjarakan tidak lebih lima tahun. Beliau mengingatkan semua pihak agar membiarkan polis melakukan siasatan dan tidak perlu bagi mereka mempolitikkan perkara itu.


Klip video terbaru itu dipercayai bertujuan mengutuk seorang pengetua sekolah menengah di Kulaijaya yang dilaporkan mengeluarkan perkataan berbaur perkauman semasa perhimpunan sekolahnya pada 12 Ogos lalu. Namewee dalam klip video itu antara lain mencerca guru berkenaan serta menyebut Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai kurang ajar. Selain itu, Namewee dalam klip video di laman web Youtube, berulang kali menunjuk isyarat lucah serta baris perkataan tidak senonoh. Sementara itu, polis masih lagi menyiasat kes individu yang menyamar sebagai Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail dan mencemar institusi diraja negeri ini di laman sosial Facebook. Mokhtar berkata, pihaknya tidak dapat mendedahkan apa-apa butiran ketika ini kerana ia boleh mengganggu siasatan. -Bernama

Copy from www.hmetro.com.my

Bayi ditinggal tersangkut pada tiang

SHAH ALAM - Seorang bayi lelaki yang masih hidup ditemui disumbat dalam sebuah beg kertas sebelum disangkut pada sebatang tiang papan tanda di simpang lampu isyarat di Brunfield di Seksyen 13 di sini semalam.

Ketika ditemui kira-kira pukul 5.30 petang itu, bayi malang yang dibaluti dengan kain batik tersebut masih bertali pusat dan mempunyai uri.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaluddin berkata, siasatan awal mendapati bayi tersebut dilahirkan kurang dari 24 jam.

"Polis tidak menolak kemungkinan bayi itu berbangsa Melayu atau warga Indonesia berdasarkan warna kulitnya," katanya yang menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan membuang bayi.

Copy from KOSMO! Online

Sabtu, 28 Ogos 2010

Beregu Negara Jejak ke Final


KIEN KEAT (kanan) dan Boon Heong meraikan kejayaan mereka mara ke final Kejohanan Badminton Dunia di Paris semalam.


BEREGU utama negara, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong berjaya mara ke final Kejohanan Badminton Dunia 2010 di Paris semalam.

Selepas jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei tersingkir pada saingan suku akhir kelmarin, kini harapan menggunung seluruh peminat sukan tanah air diletakkan di bahu Kien Keat/Boon Heong bagi menggenggam gelaran dunia.

Untuk rekod, masih belum ada mana-mana pemain Malaysia berjaya muncul selaku juara dunia.

Justeru, ia merupakan peluang terbaik buat Kien Keat/Boon Heong untuk mencipta sejarah dalam arena sukan badminton tanah air sekiranya mereka mampu bergelar juara di bumi Paris.

Pada aksi separuh akhir semalam, Kien Keat/Boon Heong ternyata berada pada kelas tersendiri apabila mengenepikan saingan Guo Zhendong/Xu Chen dari China menerusi kemenangan straight set 21-14, 21-18 dalam tempoh 40 minit.

Kejayaan yang dilakarkan beregu No. 1 dunia itu sekali gus menyaksikan mereka menebus kekecewaan pada kejohanan yang sama di Hyderabad, India tahun lalu setelah terkandas di peringkat separuh akhir.

Pentas final hari ini juga bakal menjadi medan terbaik buat Kien Keat/Boon Heong membuktikan betapa mereka sememangnya layak menggalas status selaku beregu No. 1 dunia selepas dikecam hebat ekoran prestasi tidak menentu yang dipamerkan sebelum ini.

Copy from KOSMO! Online

Khamis, 26 Ogos 2010

'TMJ palsu' dalam Facebook


SEORANG pelayar Internet menunjukkan laman Facebook Tunku Ismail palsu yang dikendalikan individu tidak bertanggungjawab di Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU – Tindakan seorang individu yang didakwa menyamar sebagai Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibrahim Ibni Sultan Ibrahim di laman rangkaian sosial Facebook mencetuskan satu lagi insiden yang menimbulkan rasa kurang senang keluarga diraja Johor.

Individu terbabit yang hanya dikenali sebagai Miky dikatakan mengendalikan dua akaun Facebook iaitu Diari Harian Tunku Mahkota Johor (TMJ) dan Tunku Mahkota Johor (Penasihat Utama TMJ).

Ketua Polis Johor, Datuk Mokhtar Mohd. Shariff berkata, kedua-dua laman web itu semasa aktif berjaya menarik peminat sehingga mencecah 10,000 orang.

Selain memuat naik gambar-gambar dan aktiviti-aktiviti Tunku Ismail, suspek juga dikatakan melayan komen-komen peminat yang menyangka beliau adalah TMJ.

Menurut Mokhtar, pihaknya telah menerima laporan mengenai perkara itu kelmarin.

“Perkara ini pasti akan menimbulkan kemurkaan Sultan Johor serta keluarga baginda.

“Polis Johor dengan kerjasama polis Bukit Aman ketika ini sedang menjalankan gerakan menjejaki suspek yang akan disiasat mengikut Akta Hasutan 1948,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Mokhtar bagaimanapun enggan mengulas mengenai lokasi sebenar suspek serta sebarang kaitan antara suspek dengan keluarga diraja Johor kerana kes itu masih dalam siasatan.

Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan Istana Johor berhubung perkara itu.

Copy from KOSMO! Online

Rabu, 25 Ogos 2010

Elakkan tragedi semasa pulang berhari raya

KUALA LUMPUR - Orang ramai diingatkan agar memperbaiki sikap dan gaya pemanduan masing-masing agar tidak menjadikan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini sebagai satu tragedi.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Chong Ha berkata, sikap dan gaya pemanduan merupakan kunci utama kepada tahap keselamatan di jalan raya.

Menurut beliau, orang ramai perlu faham bahawa risiko untuk berlaku kemalangan pada setiap kali musim perayaan meningkat berikutan pertambahan bilangan kenderaan sebanyak tiga kali ganda berbanding hari-hari biasa.

Katanya, hasil kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) pula mendapati 67 peratus yang menyumbang kepada kematian dan kecederaan di jalan raya adalah faktor manusia berbanding keadaan jalan (28 peratus) dan keadaan kenderaan (lima peratus).

"Sikap seperti membawa kenderaan melebihi had ditetapkan, melanggar peraturan jalan raya, tidak bertanggungjawab semasa di jalan raya sehingga membahayakan nyawa orang lain perlu diubah.

Copy from KOSMO! Online


Selasa, 24 Ogos 2010

Surau disimbah cat merah


SURAU Taman Seri Pulai Seremban yang menjadi sasaran pihak tertentu menyimbah cat dan membaling botol arak. Gambar kecil Mohd. Hasbi menunjukkan cermin pintu gelongsor surau yang disimbah cat.


SEREMBAN – Entah apa motifnya, sebuah surau yang baru sebulan digunakan jemaah menjadi sasaran pihak yang tidak bertanggungjawab menyimbah cat dan membaling beberapa botol minuman keras dalam kejadian di Taman Seri Pulai di sini semalam.

Kejadian yang dipercayai berlaku di antara pukul 1 dan 5 pagi itu mengakibatkan pintu gelongsor surau rosak terkena cat merah. Beberapa tingkap dan dinding yang dibaling dengan botol arak bagaimanapun tidak mengalami kerosakan.

Pengerusi surau terbabit, Mohd. Hasbi Ismail, 35, (gambar) memberitahu, sebelum menyedari kejadian itu, dia ada mendengar bunyi seseorang membuang tong cat di belakang rumahnya yang terletak kira-kira 100 meter dari rumah ibadat itu.

“Saya tidak pula bangun kerana tidak mengesyaki apa-apa. Saya terus menyambung tidur untuk bangun sahur.

“Bagaimanapun, apabila saya tiba di surau itu untuk solat Subuh pada pukul 6 pagi, saya terkejut apabila melihat pintu gelongsornya telah disimbah cat merah,” katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.

Copy from KOSMO! Online

Maut mercun buatan bapa


AYUB (kanan) dan isteri, Kamariah hadir pada pengebumian anak mereka, Khairul Ariff di tanah perkuburan Kampung Makam Lama semalam.


KUALA TERENGGANU – Letupan besar yang meragut nyawa, Khairul Ariff Ayub (gambar), 6, di Kampung Makam Lama, Chabang Tiga dekat sini kelmarin dipercayai berlaku kerana dua lelaki yang cedera itu sedang menyediakan mercun bagi memeriahkan malam raya Aidilfitri bulan depan.

Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, bagi memeriahkan sambutan hari raya, dua mangsa lelaki yang cedera itu semasa kejadian didakwa sedang mengisi belerang ke dalam sebuah tong gas peti sejuk.

Mereka juga ketika itu dikatakan merancang untuk membuat mercun yang mampu mengeluarkan bunyi yang kuat dengan memasukkan belerang ke dalam satu bekas.

“Mercun-mercun yang dibuat sendiri itu mahu diletupkan pada malam raya nanti.“Mereka mengharapkan letupan itu boleh didengari sehingga beberapa kilometer,” kata penduduk itu.

Copy from KOSMO! Online

Ahad, 22 Ogos 2010

Enggan bayar zakat, denda RM1,000





PUTRAJAYA – Umat Islam di Wilayah Persekutuan yang enggan membayar zakat fitrah boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 16 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 bermula tahun ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali (gambar) berkata, antara peruntukan yang terkandung dalam akta tersebut adalah denda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya jika didapati bersalah.

“Membayar zakat adalah satu daripada Rukun Islam. Saya menasihatkan umat Islam supaya menunaikan tanggungjawab tersebut.

“Jika enggan, Jawi terpaksa menguatkuasakan akta ini ke atas mereka,” katanya kepada pemberita pada majlis Bual Bicara Bulanan Putrajaya Sifar Maksiat 2010 di sini semalam.

Copy from KOSMO! Online

Sabtu, 21 Ogos 2010

Pandu berhemah dapat diskaun tol


SHAZIMAN sambil diperhatikan Noorizah (kiri) memangkah kertas undi 'Saya Sokong Mufors' di Restoran Jejantas USJ, Petaling Jaya semalam.


PETALING JAYA – Kementerian Kerja Raya mencadangkan kepada syarikat-syarikat pemegang konsesi lebuh raya agar turut memberikan diskaun istimewa bagi bayaran tol kepada para pemandu berhemah sempena perayaan Aidilfitri ini.

Menterinya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, keistimewaan itu antara lain bertujuan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya yang lazimnya meningkat ketika musim perayaan.

“Katakanlah dari sini nak ke Melaka, sepatutnya (ambil masa) dua jam. Tetapi kalau dia boleh sampai satu jam atau satu jam setengah, maka dia tak dapat diskaunlah.

“Ini adalah perkara yang boleh difikirkan oleh pihak konsesi untuk menggalakkan orang ramai memandu mengikut kelajuan yang sepatutnya dan mungkin diskaun ini kena beri lebih tinggi lagi,” katanya selepas merasmikan Galeri Malaysia Bersatu Untuk Keselamatan Jalan Raya (Mufors) di Restoran Jejantas USJ di sini semalam.

Copy from KOSMO! Online

Jumaat, 13 Ogos 2010

Ibu bapa dipinggir kerana wang



KESUNYIAN dan kesedihan menjadi teman kepada penghuni rumah penjagaan warga emas.


SERDANG - Kebanyakan ibu bapa sanggup berkorban apa sahaja demi memastikan anak-anak mereka mendapat perlindungan dan penjagaan yang terbaik.

Namun, nasib yang sama belum tentu diterima ibu bapa. Apabila usia mereka mula meniti senja, mereka dilupakan begitu sahaja.

Sikap segelintir anak itu umpama Si Tanggang dalam dongeng Melayu yang melupakan ibu bapanya yang sudah tua setelah dia menjadi kaya dan berkahwin dengan puteri raja.

Satu kajian yang dijalankan beberapa pensyarah Institut Kajian Sosial, Universiti Putra Malaysia (UPM) mendapati dengan bilangan warga emas (60 tahun ke atas) bakal mencapai jumlah 2.2 juta orang menjelang tahun 2020, jumlah anak derhaka juga dijangka bertambah.

Menurut hasil kajian 'Keperluan Sokongan Emosional Dalam Kalangan Anak Dewasa Yang Menjaga Warga Tua', lebih banyak rumah penjagaan orang tua akan tumbuh di negara ini dalam tempoh 10 tahun lagi.

Pada masa ini wujud 11 buah institusi penjagaan warga emas di bawah kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat dan puluhan lagi milik pihak swasta.

Pertambahan itu didorong oleh sikap anak-anak muda zaman moden yang memiliki kecenderungan lebih tinggi untuk menempatkan ibu bapa mereka di rumah-rumah penjagaan warga emas.

Ketua Penyelidik kajian itu, Prof. Dr. Rahim M. Sail berkata, masalah kewangan di kalangan anak-anak menyebabkan mereka mengambil langkah mudah dengan menjadikan ibu bapa sebagai 'korban' pengawalan perbelanjaan keluarga masing-masing.

"Mereka tak mahu dihantar ke rumah orang tua kerana mereka tidak mahu anak-anak mereka menjadi anak derhaka.

"Kalau tinggal dengan anak-anak, kasih sayang lebih utuh dan mereka tahu apa yang ibu bapa hendak. Kita pun tahu apa yang mereka mahu," kata Rahim ketika ditemui Kosmo! ditemani seorang lagi penyelidik bersama, Dr. Khadijah Alavi baru-baru ini.

Copy from KOSMO! Online

Isnin, 9 Ogos 2010

MPP sokong mahasiswa berpolitik



saifuddin memegang resolusi yang diterima pada konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar IPTA di Bangi kelmarin.


BANGI – Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (MPP IPTA) 2010 semalam membuat resolusi menyokong pembabitan mahasiswa IPTA dalam parti-parti politik.

Pengerusi Jemaah Yang Dipertua MPP IPTA Malaysia, Ahmad Wafi Sahirdan, 20, berkata, resolusi itu dicapai apabila 191 daripada 335 anggota MPP pelbagai IPTA yang hadir pada konvensyen itu menyokong dasar tersebut.

“Hanya 128 wakil MPP tidak bersetuju dan selebihnya kurang pasti. Maka kami mengikut keputusan majoriti wakil MPP IPTA seluruh Malaysia yang meminta kerajaan membenarkan pelajar daripada IPTA menyertai politik,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Penutup Konvensyen MPP IPTA 2010 yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah di sini semalam.

Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Copy from Kosmo! Online


Program Kemuncak Greenthon - Seribu Lontaran Sejuta Harapan






Program Seribu Lontaran Sejuta Harapan telah diadakan di Kinta Riverfront Ipoh dimana Bebola EM telah dilontarkan ke Sungai Kinta sebagai satu cara pemuliharaan sungai di Malaysia.
SMK Pengkalan telah mencipta sejarah sebagai sekolah pertama di Malaysia yang berjaya menghasilkan bebola EM sendiri.
Semoga hasrat murni ini dicontohi oleh semua anggota masyarakat.

Copy from azzaferoz.blogspot.com

Ahad, 8 Ogos 2010

13,000 BEBOLA EM DILONTAR KE SUNGAI KINTA UNTUK RAWAT DAN PULIHARA AIR

Sebanyak 13,000 bebola lumpur yang mengandungi bakteria baik (effective microorganism) dalam pengurusan alam sekitar dilontar ke dalam Sungai Kinta bagi membersih, merawat dan memulihara air sungai itu daripada terus tercemar.

Melalui program Greenthon (EM Ball) yang dilaksanakan SMK Pengkalan, seramai 200 pelajar sekolah terbabit bertungkus-lumus sejak dua minggu lalu untuk menghasilkan bebola EM yang turut berperanan mengurangkan mendapan, ammonia serta meningkatkan kebolehlarutan oksigen dan turbiditi.

Biokteknologi EM diperkenalkan dan dibangunkan oleh Prof Teruo Higa dari Universiti Ryukus, Okinawa, Jepun kira-kira 25 tahun lalu dan setiap bebola lumpur ini mengandungi tanah liat yang dicampur dengan cecair EM, bahan organik dan mineral.

Exco Kanan negeri, Datuk Hamidah Osman, berkata kesedaran umum terhadap penjagaan sungai perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa dan salah satu caranya adalah dengan mendidik golongan muda berkaitan kesan pencemaran terhadap alam sekitar.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program penutup Greenthon anjuran SMK Pengkalan yang bertemakan Seribu Lontaran Sejuta Harapan di Kinta River Front, pagi ini.

Menurutnya, usaha murni yang dilaksanakan SMK Pengkalan itu wajar dicontohi semua pihak kerana ia dapat melahirkan generasi muda yang memiliki kesedaran tinggi terhadap penjagaan alam sekitar.

“Setiap anggota masyarakat harus memainkan peranan dalam menjaga alam sekitar dan kerajaan negeri akan memberi sokongan padu kepada mana-mana pihak yang memperjuangkan isu ini,” katanya.

Ujarnya, selain menjadi sumber air untuk kegunaan harian, sungai yang bersih juga boleh dibangunkan sebagai produk tarikan pelancong ke Perak.

Tahun lalu, seramai 600,000 pelancong melawat negeri ini dan menyumbang sebanyak RM1.2 billion kepada pendapatan sektor pelancongan.

Copy from Perak News


Sabtu, 7 Ogos 2010

Berita Tempatan

Indeks jenayah turun 14.2 peratus - KPN

MUAR 7 Ogos - Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, indeks jenayah di negara ini telah menunjukkan penurunan ketara sebanyak 14.2 peratus dalam tempoh bermula Januari sehingga Jun lalu.

Beliau berkata, sebanyak 88,350 kes dicatatkan dalam tempoh tersebut pada tahun ini berbanding 103,414 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu.

"Kadar kes jenayah jalanan pula turun kepada 12,233 kes enam bulan pertama tahun ini berbanding 19,349 kes pada tempoh yang sama tahun lepas, iaitu penurunan sebanyak 36.6 peratus," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Karnival Murni Cegah Jenayah Peringkat Kebangsaan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pagoh di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye dan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff.

Menurut Musa, pada mulanya, pihaknya menyasarkan penurunan kes sebanyak 10,000 kes tetapi hasil usaha gigih dijalankan telah berjaya mencatatkan 14,644 kes dalam tempoh berkenaan.

Dalam kes jenayah jalanan pula, polis berjaya mengurangkan sebanyak 7,607 kes berbanding sasaran 7,033 kes.

"Jika kita dapat mengekalkan momentum ini, kes-kes jenayah akan terus dikurangkan dalam tempoh tahun ini dan mencapai sasaran ditetapkan," jelasnya.

Buru pelajar langgar peraturan

ALOR SETAR 7 Ogos - Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) akan melancarkan satu operasi besar-besaran bagi mengesan pelajar sekolah yang tidak mematuhi peraturan jalan raya.

Ketua Pengarahnya Datuk Suret Singh berkata, operasi selama enam bulan itu akan dilakukan di semua sekolah di seluruh negara dengan kerjasama polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) .

"Program ini bertujuan mengurangkan kadar kemalangan membabitkan pelajar selain sebagai peringatan dan pengajaran kepada mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kempen 'Road Safety Walk' peringkat negeri di sini hari ini.

Beliau berkata, menerusi operasi tersebut pihak berkuasa akan mengeluarkan saman kepada pelajar yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya seperti tidak memakai topi keledar atau memandu dan menunggang tanpa lesen yang sah.

Operasi ini juga bagi meningkatkan kesedaran pada kalangan pengguna jalan raya yang dilihat masih rendah khususnya mereka di kawasan luar bandar, kata Suret.

Katanya untuk peringkat Kedah, operasi bermula hari ini dan akan berlangsung selama dua bulan, manakala bagi negeri lain ia akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Mengulas isu berkaitan, beliau berkata statistik polis menunjukkan kematian akibat kemalangan membabitkan motosikal di Kedah meningkat 10.9 peratus tahun lepas iaitu 550 kes berbanding 496 pada 2008.

Beliau berkata, kebanyakan kes melibatkan remaja dan belia berusia di bawah 25 tahun.

- BERNAMA

Peniaga wajib senarai harga produk


PARA peniaga kini perlu mematuhi peraturan baru yang lebih ketat untuk mengadakan pesta jualan murah. - Gambar hiasan


BERA – Para peniaga yang mahu menganjurkan pesta jualan murah sempena musim perayaan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi diwajibkan menyenaraikan setiap produk, harga asal dan harga jualan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, syarat itu merupakan peraturan baru yang perlu disediakan oleh para peniaga bagi memudahkan pihak berkuasa membuat perbandingan harga.

Sebelum ini, peniaga yang mahu mengadakan jualan murah hanya perlu memberi notis kepada kementerian.

“Selepas ini, jika peniaga mahu menjual 1,000 produk yang membabitkan jualan murah, mereka perlu menyenaraikan setiap produk itu dengan menyatakan harga asal dan harga selepas potongan dibuat.

“Melalui cara ini, perbandingan harga akan lebih mudah dikenal pasti dan tindakan ini dilakukan oleh pihak kementerian supaya dapat mengelak sebarang kes penipuan kepada orang ramai semasa jualan murah diadakan,” katanya selepas merasmikan Fiesta Bera 2010 di Padang Majlis Daerah Bera di sini semalam.

Menurut Ismail Sabri, terdapat kes-kes tertentu segelintir peniaga cuba mengambil kesempatan menjual barangan yang dikatakan baru di pasaran pada harga murah sedangkan ia adalah stok lama dalam simpanan mereka.

Katanya, kementerian akan menyerahkan peraturan baru tersebut kepada pihak Jabatan Peguam Negara pada hari Selasa ini untuk dilulus dan dikuatkuasakan.

Beliau berkata, mana-mana peniaga yang didapati melanggar peraturan tersebut boleh didakwa di bawah Akta Perihal Dagangan 1972.

Di bawah akta berkenaan, jelasnya, peniaga yang didakwa dan didapati bersalah membuat penipuan jualan murah akan didenda sebanyak RM100,000 (individu) dan RM250,000 (syarikat) atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Copy from Kosmo! Online




TARIAN Singa cukup sinonim dengan masyarakat Tionghua terutama ketika menyambut Tahun Baru Cina. Persembahan itu bukan sahaja menjadi penyeri sambutan perayaan tersebut, bahkan ia diangkat ke pentas pertandingan.

Mendaki puncak tanah tinggi Genting, 28 ekor singa yang berwarna-warni didatangkan dari seluruh dunia. Masing-masing dengan misi yang sama iaitu merebut gelaran juara Kejohanan Tarian Singa Antarabangsa kesembilan 2010.

Acara dwi tahunan yang telah memasuki edisi kesembilan itu sekali lagi menjadi acara besar yang berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands dengan menampilkan 28 pasukan.

Seluruh dewan di tanah tinggi itu gamat dengan bunyi gendang yang mengiringi langkah sang singa dan tepukan gemuruh 5,000 penonton pada hari terakhir kejohanan tersebut berlangsung baru-baru ini.

Menjadi pentas rentap tarian singa terbesar di negara ini, acara yang disertai oleh wakil-wakil dari Australia, Brunei, China, Taiwan, Hong Kong, Indonesia, Vietnam, Singapura, Thailand, Jepun, Mauritius, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia itu turut merebut gelaran Raja Singa Barat dan Raja Singa Selatan.

Singa putih yang mewakili kumpulan Kun Seng Keng Dragon & Lion Dance Association Team D dari Muar, Johor itu melangkah bergaya di atas tiang-tiang besi dengan menampilkan aksi lincah sesuai dengan status jaguh pada hari itu. Di sebalik acara bertenaga yang berlangsung selama tiga hari itu terdapat kisah menarik yang dikongsi oleh sang juara.

Bukan sekadar tampil dengan persembahan biasa melalui aksi akrobatik, kumpulan itu membuat persembahan kreatif serta tampil membawa kelainan sesuai dengan gelaran juara yang dipegangnya sejak dua tahun lalu.

Membuka tirai persembahan dengan elemen drama, sang singa dibawa berarak menaiki pedati sambil diiringi dendangan lagu tema daripada drama popular Hong Kong pada tahun 80-an, The Bund. Suasana riuh seketika dengan aksi lucu itu.

Kejayaan pasukan dari selatan tanah air itu bukan saja dijayakan oleh peserta berbangsa Cina bahkan dua anak Melayu.

Syahdatul Azmi Bustaman, 17, antara individu yang memainkan peranan utama dalam pasukannya untuk mendapat markah daripada 20 orang juri dari seluruh dunia apabila diberi tanggungjawab untuk memainkan alat muzik cha-cha.


SEBANYAK 28 kumpulan dari seluruh dunia mempamerkan aksi menarik sepanjang tiga hari acara berlangsung.


Konsep 1Malaysia

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku mahkota, Muar membuktikan bahawa beliau adalah antara remaja yang menyokong konsep 1Malaysia.

“Ia mengajar saya untuk lebih berdisiplin dan mengenali budaya kaum lain. Saya berbangga kerana melakukannya kerana ia adalah sesuatu yang berbeza,” katanya yang kini komited untuk lebih maju dalam bidang seni itu.

Syahdatul Azmi kini mempelajari teknik memainkan watak sang singa sejak setahun lalu dan menunggu masa untuk mempersembahkannya di khalayak.

“Menjadi juara buat kali kedua berturut-turut memberikan saya semangat untuk mendalami persembahan ini. Ia akan menjadi batu loncatan untuk saya memahirkan diri dalam budaya kaum Cina,” katanya kepada Kosmo!.

Sementara itu, abang Syahdatul Azmi, Amirul Firdaus Bustaman, 18, yang telah menyertai kumpulan tarian singa tersebut setahun lebih awal daripada adiknya menjelaskan, penyertaannya dalam pasukan itu adalah secara kebetulan apabila beliau sering melalui kawasan latihan kumpulan terbabit setelah pulang dari sekolah. Bahkan, beliau juga selalu menyaksikan kumpulan tersebut melakukan sesi latihan. Perkara itu berlaku tujuh tahun lalu.

“Uncle Tan iaitu Pengerusi Kun Seng Keng Dragon & Lion Dance Association Lion Dance bertanya sama ada saya berminat untuk menyertai pasukan itu kerana menurut beliau orang Melayu juga boleh menyertainya,” katanya yang menyertai pasukan tersebut secara sepenuh masa setelah menamatkan zaman persekolahannya sejak tahun lalu.

Apakah persediaan kumpulan itu menyertai kejohanan kali ini? “Kami melakukan latihan intensif selama tiga bulan setiap hari.


JUARA kejohanan memulakan persembahan dengan elemen drama.


“Adik saya juga memohon cuti dengan pihak sekolah untuk memberi perhatian kepada kejohanan ini,” katanya latihan bermula dari pukul 8 pagi hingga 11 pagi dan 2 petang hingga 4 petang setiap hari.

Kumpulannya terdiri daripada dua pemain singa, dua pemain alat muzik cha-cha, gendang dan gong.

Sementara itu, Pengerusi Kun Seng Keng Dragon and Lion Dance Association berbangga kerana penyertaan dua pasukannya kali ini turut membawa tuah berganda apabila pasukan keduanya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut.

Ini bermakna anak-anak buah Chong Hin bukannya calang-calang kerana mereka adalah antara pasukan terbaik di dunia.

Berkongsi rahsia kejayaan pasukan itu, Chong Hin yang juga pengasas persatuan yang ditubuhkan sejak 1988 itu menjelaskan, aksi melompat tiang itu bukanlah sesuatu yang mudah dan pengorbanan yang dilakukan mereka tidak sia-sia.

“Risiko yang mereka ambil sudah berbayar pada hari ini,” jelasnya ringkas.

Beliau memberitahu, terdapat lapan pasukan tarian singa yang dilatih oleh persatuan itu tetapi hanya dua yang terbaik dipilih menyertai kejohanan tersebut.

Chong Hin turut berbangga dengan anak-anak muda yang berumur semuda 17 tahun di dalam pasukan itu kerana keberanian mereka menyahut cabaran.

Menariknya, di sebalik 60 orang pemain persembahan tarian singa, 18 orang daripadanya terdiri daripada kaum Melayu dan dua orang India.

“Kami bukan sahaja mendidik mereka bermain tarian singa, tetapi pelbagai pengisian seperti budaya dan sejarah tarian singa,” katanya mengakhiri bicara.


Bebe tektonik (Jakarta-One Desire)

Hardstyle Dance Revolution [Melbourne Shuffle]

Hardstyle Republic - Resistance is Futile

Nuffnang Ads

 

Sample text

Sample Text

Sample Text